“Siapa Ada Ibu, Bersyukurlah” – Anak-Anak Kongsi ‘Moment’ Diingati Bersama Arwah Siti Sarah Buat Ramai Warganet Menangis

Hiburan

“Siapa Ada Ibu, Bersyukurlah” – Anak-Anak Kongsi ‘Moment’ Diingati Bersama Arwah Siti Sarah Buat Ramai Warganet Menangis

Menerusi Instagram, anak-anak pasangan Shuib dan arwah Siti Sarah berkongsi antara kenangan yang mereka ingat dan rindu dengan ibu mereka.

Uwais, Talita dan Matin masing-masing menceritakan memori indah bersama arwah ibu mereka bersempena dengan hari lahir Siti Sarah pada Jumaat lalu.

Advertisement

Selepas menceritakan kenangan tersebut, masing-masing memberi pesanan ringkas kepada warganet agar bersyukur jika masih memiliki insan bergelar ibu.

Talita kemudian mengalirkan air mata dan berpesan kepada orang lain untuk mendengar kata-kata ibu mereka dan sayangi mereka.

Ada orang tiada ibu bapa, lagi kesian. Siapa yang ada ibu itu bersyukurlah. Jangan melawan, ada orang yang takde ibu sebab dah meninggal dunia.

Video tersebut mengundang rasa sebak dan rata-rata warganet akui turut bersedih selepas mendengar kenangan yang diceritakan mereka bertiga.

Terutamanya apabila Talita atau lebih mesra dipanggil Dekta mengalirkan air mata saat dia mengatakan ‘ada orang tidak mempunyai ibu, sudah meninggal’.

shuib watie
12 months ago

Keluar Berjalan Satu Keluarga, Watie & Shuib Dikritik Tak Pegang Tangan Anak - "Nak Romantik Tak Kena Gaya & Tempat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...