“Siap Tunjuk Ruang Mana Yang Cantik..” – Netizen Kagum Layanan Datuk Yusof Haslam, Ubahsuai Rumah Jadi Studio Mini Untuk Puteri Sarah

Hiburan

“Siap Tunjuk Ruang Mana Yang Cantik..” – Netizen Kagum Layanan Datuk Yusof Haslam, Ubahsuai Rumah Jadi Studio Mini Untuk Puteri Sarah

Semua pastinya sudah sedia maklum hubungan baik yang terjalin antara pelakon Puteri Sarah Liyana bersama mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan kediaman mewah pengarah filem terkenal itu yang telah diubah suai menjadi studio mini untuk kegunaan Puteri Sarah.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, individu yang memuat naik video tersebut turut memuji kebaikan hati Datuk Yusof Haslam kerana membenarkan kediamannya diubah menjadi tempat ‘shooting’ menantu.

Baik sangat Datuk. Kami tukar rumah jadi mini studio lagi. Lepas siap, Datuk datang beritahu ruang mana yang cantik untuk shoot.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan kagum atas sikap keluarga Datuk Yusof Haslam kerana sentiasa menjaga kebajikan menantu kesayangan.

Ibu dan bapa mentua dah layan macam anak kandung. Beruntung Sarah.

Dalam pada itu, ada juga yang sempat meninggalkan komen berbaur perlian terhadap madu Puteri Sarah iaitu Ira Kazar gara-gara layanan baik itu.

Untung Puteri Sarah, dah la cantik, disayangi mentua pulak tu. Yang belah sana sila mimpi atau berangan sampai abang jamil mampus.

Difahamkan, Puteri Sarah pada waktu itu sedang melakukan penggambaran produk minyak aromaterapi selaku duta.

Syamsul Yusof
1 year ago

"Sampai Macam Tu Buang Keluarga" - Yusof Haslam Beri Kebenaran Isteri Jadi Pencelah Isu Sarah, Tak 'Back Up' Anak Jika Salah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...