Semua pastinya sudah sedia maklum hubungan baik yang terjalin antara pelakon Puteri Sarah Liyana bersama mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail.
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan kediaman mewah pengarah filem terkenal itu yang telah diubah suai menjadi studio mini untuk kegunaan Puteri Sarah.
Dalam hantaran tersebut, individu yang memuat naik video tersebut turut memuji kebaikan hati Datuk Yusof Haslam kerana membenarkan kediamannya diubah menjadi tempat ‘shooting’ menantu.
Baik sangat Datuk. Kami tukar rumah jadi mini studio lagi. Lepas siap, Datuk datang beritahu ruang mana yang cantik untuk shoot.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan kagum atas sikap keluarga Datuk Yusof Haslam kerana sentiasa menjaga kebajikan menantu kesayangan.
Ibu dan bapa mentua dah layan macam anak kandung. Beruntung Sarah.
Dalam pada itu, ada juga yang sempat meninggalkan komen berbaur perlian terhadap madu Puteri Sarah iaitu Ira Kazar gara-gara layanan baik itu.
Untung Puteri Sarah, dah la cantik, disayangi mentua pulak tu. Yang belah sana sila mimpi atau berangan sampai abang jamil mampus.
Difahamkan, Puteri Sarah pada waktu itu sedang melakukan penggambaran produk minyak aromaterapi selaku duta.