Baru-baru ini tular, satu rakaman video kemalangan melibatkan seorang penghantar makanan dengan penunggang motosikal lain yang melanggar lampu merah.
Sejurus kemalangan berlaku, dilihat orang ramai mengerumuni tempat kejadian untuk membantu kedua-dua mangsa.
Menerusi satu perkongsian seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Jarr Nadjmudean, dia telah berkongsi bagaimana dia membantu kakak iparnya dan remaja lelaki yang melanggar lampu merah itu.
Saya siap tanya budak tu okay ke tak, saya rasa yang lebih penting keadaan kakak ipar saya dari nak mengamuk.
Jelas Jarr, walaupun lampu isyarat di bahagian kakak iparnya sudah lama menyala warna hijau, remaja berkenaan yang mengejar lampu isyarat merah tiba-tiba meluru dengan laju dan merempuh kakak iparnya.
Saya dengan anak buah siap tolong call kan keluarga dia inform dia accident. Benda dah jadi, bukti semua ada, kita report polis sahaja la.
Semalam brader belakang motor kakak ipar aku share rakaman dash cam dia masa kakak ipar aku kena rempuh dengan budak langgar lampu merah dekat KL Traders. Punya laju ye dia kejor lampu merah. Belah kakak ipar aku dah lama hijau. pic.twitter.com/VzJOkmNQvT
— Jarr #RakyatJagaRakyat (@JarrNadjmuddean) January 19, 2022
Dalam pada itu, Jarr turut menceritakan semasa berada di hospital, abang kepada remaja lelaki berkenaan telah berjumpa dengannya dan mengucapkan terima kasih kerana membantu serta memberi layanan yang baik walaupun adik mereka bersalah dalam hal ini.
Difahamkan, kedua-dua pihak telah pun membuat laporan polis dan remaja lelaki tersebut mengaku salah kerana melanggar lampu merah sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.