Siap Tepuk-Tepuk Bahu, Netizen Bengang Tengok Cara Peminta Sedekah Minta Duit Tak Henti

Kehidupan

Siap Tepuk-Tepuk Bahu, Netizen Bengang Tengok Cara Peminta Sedekah Minta Duit Tak Henti

Tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang peminta sedekah yang enggan berganjak meminta wang daripada pelanggan yang sedang makan.

Menerusi video tersebut, budak lelaki tersebut malah dilihat menepuk-nepuk bahu pelanggan sehinggakan menimbulkan rasa tidak selesa.

Advertisement

Susulan itu, pelanggan tersebut dilihat terpaksa meninggalkan kedai makan tersebut. Kejadian itu telah berjaya dirakam oleh pelanggan lain yang turut makan dikedai berkenaan.

duit kak

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih 6.3M tontonan dan 398.3K tanda suka di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut  berasa kurang senang dengan tindakan budak lelaki itu yang dianggap terlampau memaksa.

“Rasa ingin membantai,” tulis seorang netizen.

“Duit kan duit kak duit kak duit kak duit kak duit kak duit kak. Tak ada kosakata lain,” tulis seorang pengguna TikTok.

Dalam pada itu, ada juga yang turut bersetuju dengan kata-kata perakam video tersebut yang mengatakan bahawa tidak perlu memberi sebarang duit kepada orang yang sihat tubuh badan kerana takut mereka terbiasa memperoleh sesuatu tanpa usaha.

“Betul la orang tu cakap nanti dah terbiasa lepastu orang lain pulak yang kena,” tulis seorang netizen.

“Pernah kena macam ni, minta duit tapi saya tak bagi duit saya bagi makan eh dia buang pulak makanan tu, mahunya duit jugak, tak dibagi diludahnya kita,” tulis seorang lagi warganet.

Janda dituduh tangkap khalwat
3 years ago

(VIDEO) Tiga Kali Diserbu Jabatan Agama Kononnya Berkhalwat, Ibu Tunggal Tabah Hadap ‘Jiran Puaka’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...