“Siap Pakej Berminyak” – ‘Wedding Planner’ Berang Pengantin Pulangkan Baju Sewa Kotor Teruk

Kehidupan

“Siap Pakej Berminyak” – ‘Wedding Planner’ Berang Pengantin Pulangkan Baju Sewa Kotor Teruk

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, seorang perancang perkahwinan atau wedding planner yang dikenali sebagai Zamri Badaruddin yang terpaksa berdepan dengan situasi tragik buat kali pertama setelah 12 tahun berkecimpung dalam bidang tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Zamri, dia meluahkan rasa kecewa apabila ada pelanggan yang hanya menggunakan plastik sampah semasa memulangkan busana pakaian pengantin yang disewa daripadanya.

Advertisement

Lebih mengecewakan, busana pengantin yang disewakan ketika itu telah diterima semula dengan keadaan yang sangat kotor.

zamri

Bila saya buka plastik nak hantar pergi cuci dekat dobi, saya sedih tengok keadaan baju penuh dengan lumpur dan minyak.

Jelasnya lagi, baju yang disewakan kepada pengantin itu merupakan baju ‘custom made’ dan rekaan khas seperti permintaan daripada pelanggan itu sendiri.

Paling tak boleh terima bila pekerja kedai dobi di situ beritahu minyak pada kain tu susah nak tanggal.

@zamri54

Sedihnya bila tengok baju jadi mcm ni ??? #fyp? #viral #tiktokmalaysia?? #tiktokmalaysia

? bunyi asal – nisa_queen?? – ?

Saya tak minta pun customer basuh baju mereka sewa. Saya cuma minta jaga jangan sampai rosak saja. Kena ingatlah semua tu sewaan bukan hak milik.

Malah, kos yang dihabiskan untuk baju yang direka khas itu juga bukan murah, lebih kurang RM3,000.

Dalam pada itu, Zamri berkata video yang dimuat naik itu bertujuan supaya mereka lebih beringat supaya wedding planner tidak menanggung kerugian disebabkan kecuaian atau sikap sambil lewa pelanggan.

wanita hamil dihalau suami
2 years ago

Dihalau Ketika Hamil 9 bulan, Rupanya Suami ‘Getback’ Dengan Isteri Pertama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...