“Siap Nyanyi Kuat Dengan Feelingnya..” – Kedai Dessert Terkenal Ditegur Tak Hormat Azan Maghrib

Trending

“Siap Nyanyi Kuat Dengan Feelingnya..” – Kedai Dessert Terkenal Ditegur Tak Hormat Azan Maghrib

Tindakan seorang wanita yang menegur sebuah kedai pencuci mulut terkenal di Selayang kerana didakwa tidak menghormati azan maghrib mencetuskan perhatian ramai baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Threads, wanita tersebut menjelaskan bahawa teguran itu dibuat atas dasar tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.

Advertisement

Menurut ceritanya, insiden berlaku ketika dia singgah membeli makanan di kedai tersebut sekitar jam 7 malam.

suka dessert

Sebagai seorang muslim, rasa serba salah dan berdosa kalau saya tidak tegur. Hampir jam 7 petang pergi sebuah kedai dessert paling famous dan viral di Selayang.

Bila masuk kedai dengar lagu dipasang dengan kuat dan staf lelaki menyanyi dengan penuh perasaan. Saya beli dan nak bungkus sebab dah nak masuk waktu maghrib. Dalam hati saya terdetik, azan baru nak berkumandang.

Saya beritahu staf dah nak azan maghrib dan minta tutup lagu.”

Bagaimanapun, katanya teguran tersebut tidak dihiraukan dan lagu terus dimainkan.

Akan tetapi lagu masih tidak ditutup. Kali kedua saya terus cakap dekat kaunter untuk tutup lagi.

Dua kali sound baru lagu ditutup. Sedih bila muslim sendiri tidak hormat agama. Tak rugi pun perniagaan itu.

Perkongsiannya menerima pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang tidak bersetuju dengan pendekatannya, manakala ada juga yang melihatnya sebagai satu peringatan yang wajar.

suka dessert

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

puteri sarah andi
1 hour ago

Puteri Sarah Liyana Tak Selindung Lagi, Kini Dalam Fasa 'Baharu' Dengan Andi Arsyil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...