Suami kepada pempengaruh terkenal Elcah, Afi Hamri semalam tampil ‘memetik’ nama adik penyanyi Shila Amzah, iaitu Syada Amzah dan mendakwa penyanyi itu telah menjadi batu api dalam rumah tangganya.
Difahamkan, Afi dalam beberapa siri hantaran IG Story tampil meneyeru Syada di media sosial dan meminta agar penyanyi itu berhenti mengajak isterinya untuk berbuat perkara tidak baik seperti pergi ke kelab.
Terbaru, kecoh di media sosial terutamanya Threads apabila Afi didakwa menjalinkan hubungan dengan bekas pembantu peribadi Fazura yang dikenali sebagai Syira Atiqah.
Namun, Afi menyangkal dakwaan itu dan mendakwa wanita itu cuba untuk menggodanya namun Afi tidak termakan dengan cubaan tersebut.
Malah, Afi turut menulis bahawa Syira telah memburukkan-burukkan isterinya dan meminta dai menceraikan Elcah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.