Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Siap Masak Dan Tidur Dengan Anak-Anak Selama Seminggu..” Kemelut Berterusan, Rita Rudaini Buka Rahsia

Rita Rudaini

Nampaknya kemelut antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suami, Aidil Zafuan masih belum menemui titik noktah apabila pelakon wanita itu tampil membuka cerita dan ‘rahsia’ bagi menafikan dakwaan dirinya tidak membenarkan bekas suami untuk berjumpa dengan kedua anak mereka.

Rita RudainiSumber : Instagram Rita Rudaini  

Menurut Rita, Aidil pernah datang ke rumah dan tidur dengan anak-anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selama tempoh seminggu suatu ketika dahulu. Tambahnya, perkara itu terjadi ketika Aidil masih belum bernikah dengan isterinya kini iaitu Zarema Zainal.

Advertisement

Malah, Rita juga mendakwa dia turut menyediakan makanan lengkap untuk Aidil dan kedua anaknya jamah bersama.

Pelakon filem Balistik ini tampil mendedahkan cerita lama ini apabila dia sudah tidak mahu dirinya difitnah oleh mereka di luar sana yang tidak mengetahui perkara sebenarnya yang terjadi antara mereka berdua.

Instagram Rita RudainiSumber : Instagram Rita Rudaini  

“Siap masak bagi ayah dan anak makan bersama-sama. Jadi apa lagi? Haish sebenarnya tak mau cerita sebab ini rahsia saya dan Aidil. Tapi banyak pula pihak sana tabur fitnah kan. Jadi inilah kisah.”

Dia dalam pada itu turut memuat naik video pendek memaparkan dirinya ditemu bual program hiburan tempatan yang meminta Rita untuk tampil mengulas mengenai kemelut antara dirinya dan bekas suami.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Terdahulu, Aidil telah mengeluarkan pernyataan bahawa dia berasa kesal kerana difitnah dan dimaki oleh pihak bekas isterinya yang menyebabkan dia kedepan untuk mempertahankan diri. Namun, Rita menjawab pernyataan tersebut dan menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh Aidil berkaitan dengan pemberian nafkah kepada anak-anak.

SUMBER : Instagram Rita Rudaini
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. kcjsd

    February 2, 2021 at 9:17 am

    apa kne tido ngn ank, siap masak dan claim LHDN?

    • Anonymous

      February 3, 2021 at 12:31 am

      X tau crite duk diam2 bodoh. Rita senyap sunyi je duk berdiam diri. Tibe2 si aidil up status ckp yg die dh bg nafkah n rita x explain pd org ramai prkare sbnr. Duk diam salah. Explain pon salah. So ni rita duk explain yg sbenar la ni dah pihak sbelah sane suruh

  2. Xxxx

    February 1, 2021 at 1:41 pm

    Hmm..Rita ni…hmm…now Aku faham kenapa Aidil jd cam tu..

  3. Saly

    February 1, 2021 at 12:53 pm

    Cannot see you children due to yr new wiife? Come on! be a man will you!

    • tecit

      February 2, 2021 at 11:52 am

      stujuuuu. rita xhadap pon sgt aidil tu. die cume harap ank2 die dpt kasih syg bapakk. tp bini ex die tu controlling evaaahhh. nk melawat ank sndiri pon payah. kesian aidil. tersepit ditengah 2 remote controller. n both remote he cant even control 1 kah3

Leave a Reply to kcjsd Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top