Nampaknya kemelut antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suami, Aidil Zafuan masih belum menemui titik noktah apabila pelakon wanita itu tampil membuka cerita dan ‘rahsia’ bagi menafikan dakwaan dirinya tidak membenarkan bekas suami untuk berjumpa dengan kedua anak mereka.
Menurut Rita, Aidil pernah datang ke rumah dan tidur dengan anak-anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selama tempoh seminggu suatu ketika dahulu. Tambahnya, perkara itu terjadi ketika Aidil masih belum bernikah dengan isterinya kini iaitu Zarema Zainal.
Malah, Rita juga mendakwa dia turut menyediakan makanan lengkap untuk Aidil dan kedua anaknya jamah bersama.
Pelakon filem Balistik ini tampil mendedahkan cerita lama ini apabila dia sudah tidak mahu dirinya difitnah oleh mereka di luar sana yang tidak mengetahui perkara sebenarnya yang terjadi antara mereka berdua.
“Siap masak bagi ayah dan anak makan bersama-sama. Jadi apa lagi? Haish sebenarnya tak mau cerita sebab ini rahsia saya dan Aidil. Tapi banyak pula pihak sana tabur fitnah kan. Jadi inilah kisah.”
Dia dalam pada itu turut memuat naik video pendek memaparkan dirinya ditemu bual program hiburan tempatan yang meminta Rita untuk tampil mengulas mengenai kemelut antara dirinya dan bekas suami.
View this post on Instagram
Terdahulu, Aidil telah mengeluarkan pernyataan bahawa dia berasa kesal kerana difitnah dan dimaki oleh pihak bekas isterinya yang menyebabkan dia kedepan untuk mempertahankan diri. Namun, Rita menjawab pernyataan tersebut dan menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh Aidil berkaitan dengan pemberian nafkah kepada anak-anak.