Gelagat maestro muzik, Datuk Ramli MS bersama isterinya, penyanyi Alyah di TikTok mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat membantu mempromosikan tudung.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, dia yang mesra dipanggil Tok Ram dilihat membuat aksi lucu dengan menyingsing lengan baju dan menolong Alyah untuk menunjukkan koleksi tudung milik penyanyi itu.
Dalam kesibukan membuat persiapan showcase, Alyah tetap tidak berehat untuk berniaga dan Tok Ram juga turut teruja menunjukkan satu per satu corak tudung tersebut.
Aksi pasangan itu mencuit hati ramai yang menonton siaran langsung tersebut di mana ada yang berkata Tok Ram sudah seperti peniaga online tegas dan tampak profesional.
Mana tidaknya, Tok Ram bukan sahaja menunjukkan tudung tetapi turut beri maklumat terperinci seperti corak dan material tudung berkenaan kepada penonton.
Ada yang suka melihat gelagat Tok Ram ketika bersama Alyah kerana dia dikenali sebagai seorang yang serious ketika sedang bekerja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.