Siap Jeling Bila Suruh Ulang, Wanita Rimas Dipaksa Cakap Kelantan Ketika Berurusan Rasmi – “Apa Benda Ubak Comor..”

Kehidupan

Siap Jeling Bila Suruh Ulang, Wanita Rimas Dipaksa Cakap Kelantan Ketika Berurusan Rasmi – “Apa Benda Ubak Comor..”

Seorang wanita yang berpindah menetap di Kelantan sejak dua tahun lalu turut berkongsi pengalaman pahit apabila sering ditegur kerana tidak menguasai loghat tempatan, termasuk dalam situasi rasmi seperti di klinik kesihatan.

Menurut perkongsiannya di platform Thread, dia masih kerap dikecam oleh penduduk setempat yang mente­kadkan dia harus bercakap loghat Kelantan jika ingin diterima di negeri itu. Situasi paling mengejutkannya berlaku ketika berurusan dengan seorang jururawat di klinik kesihatan.

Advertisement

loghat

Tahu apa dia cakap? Ubak comor (ubat sapu). Ulang balik, masih cakap comor. Dah tahu saya orang luar, kenapa nak ulang balik (perkataan) sama?

Dia turut menyatakan kecelaruan bahasa berlaku apabila dia meminta pengulangannya dijelaskan namun masih disindir dengan jelingan.

Saya ni dah dua tahun menetap di Kelantan tapi sampai sekarang masih kena judge. Mereka tanya saya ni tak mahu cakap (loghat) Kelantan ke? Mereka kata patut duduk sini kena belajar cakap Kelantan.

Wanita itu kemudiannya mengusulkan agar pegawai klinik, sekolah, dan pejabat kerajaan menggunakan Bahasa Melayu standard dalam urusan rasmi.

Bagi saya, bila melibatkan urusan profesional termaslah pejabat, hospital, sekolah dan sebagainya, gunalah bahasa Melayu standard.

Kisah ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman serupa semasa menetap di negeri lain. Ada yang bersimpati dengan isu “paksa kita cakap bahasa dia” yang sering berlaku dalam suasana sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Dah Macam Undertaker..” – Hampir Seminggu Koma Di Hospital, Lelaki Ini Akhirnya Bangkit Lepas Dengar Suara Siti Nurhaliza

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...