Sedia maklum, semalam dan hari ini, orang ramai dijemput untuk menyertai himpunan solidariti Allahyarham Zara Qairina bagi menuntut keadilan buat arwah di Sogo, Kuala Lumpur.
Rafidah selitkan agenda politik ketika solidariti Zara
Tidak terkecuali, selebriti yang lantang bersuara mengenai perumahan di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru iaitu Rafidah Ibrahim turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai solidariti tersebut.
Bagaimanapun, di platform Threads, tular video memaparkan Rafidah didakwa menyelitkan agenda politik sewaktu memberi ucapan di perhimpunan tersebut.
Tak lama lagi PRN Sabah betul? Kita bencikan kezaliman kan? Lepas ni kita kena tukar siapa yang ada sekarang! Tukar! Tukar!
Teruk dikecam netizen, tak sensitif!
Ucapannya itu telah mendatangkan rasa kurang senang di kalangan netizen, di mana ramai merasakan Rafidah tidak sensitif dengan isu kematian arwah Zara kerana sempat menyelitkan agenda politik ketika itu.
Malah, ada juga merasakan pelakon itu seolah-olah langsung tidak memikirkan perasaan ibu bapa arwah yang pasti sedang bersedih ketika ini tetapi dia tanpa rasa simpati menyelitkan isu-isu politik.