Melalui platfrom Threads, baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai Yuyu mendedahkan bahawa berlaku hubungan songsang di sekolah rendah anak saudaranya.
Budak 10 tahun dan 12 tahun jalinkan hubungan songsang
Kata wanita tersebut, anak saudaranya mendakwa terdapat murid lain di sekolah berkenaan menjalinkan hubungan songsang sesama perempuan, di mana seorang baru berumur 10 tahun dan seorang lagi berumur 12 tahun.
Dakwa Yuyu, pada mulanya murid-murid tersebut hanya mengikut trend di TikTok, di mana mereka perlu menunjuk senior dan junior kegeraman, tetapi lama-kelamaan ia mengundang hal lain.
Siap bersayang-sayang dan declare (bercinta). Kalau kita dulu, adik angkat kakak angkat. Diorang ni terlebih advance..
Makin merisaukan, bimbang budak makin terpesong
Malah, mereka juga sering mengungkapkan perasaan rindu antara satu sama lain, selain sering memberi hadiah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dengan hal tersebut dan ada juga berkongsikan pengalaman yang sama.