Apa korang rasa kalau satu hari pergi kafe nak nikmati kopi sambil rilek rasai vibe kedai tu tapi ada orang yang bising dan mengganggu ketenangan?
Zaman sekarang ni, kafe dah jadi tempat lepak ramai orang terutamanya pelajar, geng MLM atau usahawan yang buat kerja atau live di media sosial.
Mereka ini akan penuhi kawasan kedai dan sesetengah pula sampai buat pelanggan lain rasa tidak selesa dan annoyed.
Itulah yang cuba gadis ini sampaikan tentang seorang usahawan lelaki yang sering membuat konten media sosial di sebuah kafe sehingga mengganggu ketenteraman pelanggan lain.
Katanya, lelaki itu akan membuat bising ketika merakamkan video atau sesi live dia media sosial sehingga berjam-jam lamanya di kafe terbabit.
Memang annoying and bising, Staf dekat outlet tu pun menyampah dengan dia. Acah acah je.”
Dia ni selalu ada kat Starbucks Damansara Perdana. Memang annoying and bising. The staffs at the outlet pon nyampah dgn dia. Acah2 je ? https://t.co/TvmDvhGzUq
— Dewi Shafikah ??? (@dewishafikah) February 3, 2023
Ternyata, ada yang turut bersetuju dengan gadis ini dan pernah ternampak lelaki tersebut membuat bising di kafe yang sama sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang sekeliling.
Bukan itu sahaja, dia juga malah akan membawa peralatan kamera dan sebagainya untuk merakamkan podcast di kafe tersebut.
Dalam pada itu, sesetengah netizen meluahkan pendapat dan berkata kafe berkenaan tidak menyatakan peraturan bahawa pelanggan tidak boleh berbuat bising.