Sudah pastinya apabila pergi bercuti di Korea Selatan, salah satu perkara yang sering dilakukan oleh kaum wanita adalah menyewa pakaian tradisional negara sana iaitu Hanbok.
Namun begitu, ramai juga yang meluahkan hadapi ‘kesusahan’ dan mengambil masa yang lama untuk match kan tudung mereka dengan Hanbok.
Kini ada Hanbok ‘mesra hijab’
Bagaimanapun, seorang lelaki Korea ini telah mencuri perhatian netizen apabila menawarkan hanbok mesra hijab yang direka khas untuk wanita Muslim.
Ada pelbagai warna hijab yang available sebab saya perasan ada sesetengah pelancong Muslim yang datang kesini berharap mereka mempunyai warna hijab yang lain untuk sesuaikan dengan warna Hanbok yang dipilih. Jadinya kami akan memudahkan.
Paling menarik, setiap set hanbok ini turut disediakan tudung matching yang sedondon dengan warna pakaian yang dipilih!
Netizen puji inisiatif lelaki Korea ini
Susulan idea sedemikian, ramai netizen memuji inisiatif lelaki terbabit, terutamanya kerana ia menunjukkan penghormatan kepada budaya dan kepercayaan pelancong Muslim.
Kalau anda bercadang nak merasai pengalaman Hanbok hijab-friendly ini, lokasi kedainya terletak di Gyeongbokgung Palace, Seoul dan nama kedai itu ialah Daehan Hanbok, di mana ia berada di kawasan yang popular untuk bergambar dengan memakai Hanbok.