Sejak musim haji bermula pada beberapa minggu lalu, pelbagai kisah yang kita dapat dengar dan lihat di laman media sosial, sama ada gembira ataupun sedih.
Baru-baru ini, tular di platform X memaparkan situasi di sebuah khemah jemaah haji dari Korea di Mina yang kelihatan sangat mewah dan penuh dengan pelbagai kelengkapan.
Boleh dikatakan keadaan khemah tersebut sangat berbeza dengan khemah jemaah haji dari Malaysia, di mana ia lebih padat dan sekadar selesa untuk tidur pada waktu malam.
Lain macam ya khemah jemaah haji T20 kat Mina.. pic.twitter.com/CpkpilIbJb
— Miss Meow Meow 🍉🐈 (@Missmeow7777) June 20, 2024
Dapat dilihat dalam khemah jemaah haji Korea, terdapat tilam untuk setiap seorang jemaah haji yang boleh dijadikan sofa serta beberapa makanan yang sudah tersusun rapi.
Hal yang lebih mengagumkan kerana khemah jemaah haji Korea itu turut tersedia peti sejuk yang dipenuhi dengan ais krim bagi menyejukkan badan.