Satu perkongsian di media sosial menjadi tumpuan netizen apabila seorang individu memuat naik ‘flyers’ memaparkan khidmat menguruskan kucing mati secara islamik.
Dalam ‘flyers’, tertulis 4 pakej ditawarkan iaitu pakej ‘Premium Islaminc Burial’, pakej ‘Islamic Burial’, pakej ‘Islamic Land Land’ dan pakej ‘Ala Carte’ yang bermula dari harga RM3,800 sehingga RM65.
Individu itu kemudiannya meluahkan rasa berang kerana beranggapan syarikat itu cuba memperdagangkan agama selain hakikat kucing bukanlah makhluk mukallaf yang perlu dimandikan dan dikafan seperti manusia.
Harap syarikat yang buat benda ni pergilah mengaji balik dan duduk istighfar. Kucing bukan makhluk mukallaf nak kena dimandi, kafan, tahli, talqin bagai. Ini dua dalam satu terus, tunggang kucing sekaligus tunggang agama. Parah.
Difahamkan, khidmat tersebut dipunyai oleh bukan muslim dan boleh membuatkan orang Islam untuk cenderung melakukan perkara karut seperti itu.
“Tak mustahil muslim yang kurang berpengetahuan akan terjebak pada benda karut sebegini. Yang dipertanggunjawabkan oleh syara’ untuk terima hukum-hakam dan diberi balasan dosa pahala atas setiap urusan dia” tulisnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.