“Siang Malam Kerja Serah Gaji Pada Dia”, Isteri Ambil Kesempatan Curang Dengan Lelaki Lain

Kehidupan

“Siang Malam Kerja Serah Gaji Pada Dia”, Isteri Ambil Kesempatan Curang Dengan Lelaki Lain

Ada sesetengah suami yang rela serahkan semua duit gaji kepada isteri untuk diuruskan. Mungkin juga lebih mudah untuk uruskan perbelanjaan di rumah atau untuk tujuan berjimat cermat. Dalam kes macam ini, ada yang setuju dan ada juga yang tidak.

Tapi dalam hal macam ini, kepercayaan pada pasangan sangat penting untuk elakkan hal tak diduga. Macam yang dikongsikan pengguna Twitter ini, kenalannya menyerahkan semua duit pada isterinya tetapi lain pula yang berlaku.

Advertisement

“Dia dah lah buat dua kerja,siang kerja lain, sebelah malam pulak buat burger. Kereta pun dia bagi bini dia ja guna, dia naik moto honda bulat ja pi mana mana.”

Tapi pengorbanannya ini sia-sia apabila isterinya curang dengan lelaki lain. Telefon yang diberikan olehnya juga digunakan untuk hubungi skandalnya yang merupakan seorang ustaz. Sampaikan isterinya sanggup membeli telefon lain semata-mata untuk berhubung dengan ustaz itu.

Tanggungjawab terabai

Bayangkan lah kalau tanggungjawab sendiri pada anak-anaknya pun terabai, macam mana agaknya keadaan di rumah waktu itu. Bukan sahaja curang, selepas itu isterinya sanggup membuat laporan palsu tentang suaminya itu sehinggakan dia ditahan oleh pihak polis.

The peak moment. Bini dia naya dia. Bini dia pi buat report polis, suruh tangkap dia, sebab kata dia ni menghisap dadah. Padahal tak pun.”

Selepas membuat siasatan, barulah dia sedar rupanya isteri sendiri yang buat laporan palsu itu. Semuanya semata-mata kerana isterinya nak berjumpa dengan skandalnya itu. Yang menyedihkan, ustaz itu adalah kenalan suaminya sendiri.

Siapa lah yang tak patah hati bila kenalan sendiri yang curang dengan isterinya. Sebelum ini dia banyak membantu ustaz itu dalam segala hal semasa ustaz itu susah dahulu. Bila dah senang, dirembat pula isteri orang.

“Bila kami tanya awat tak berpisah. Dia cakap aku tak boleh cakap ayat tu (lafaz cerai).”

Bayangkan betapa hancurnya hati seorang suami apabila isterinya perlakukan begini. Bukan mudah untuk suami mencari rezeki siang dan malam untuk keluarga sendiri. Harap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada pasangan suami isteri di luar sana.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...