Setiap orang pasti mengimpikan keselasaan dan suasana bekerja yang ‘best’ dalam sesebuah syarikat sehinggakan mereka tidak mengambil berat aspek kebajikan.
Disebabkan itulah, wujudnya sesetengah individu yang sanggup berkhidmat selama puluhan tahun di satu syarikat yang sama walaupun tidak mendapat kenaikan gaji mahupun pangkat.
Itulah yang dikongsikan oleh Rahimi Mustafa di Facebook dan juga TikTok tentang seorang eksekutif bank yang dilihat tidur di masjid.
Cerita Rahimi, individu berkenaan menumpang masjid pada setiap malam kerana tidak mampu untuk menyewa rumah atau bilik.
Lebih mengejutkan, dia menghabiskan kesemua gajinya berjumlah RM3,000 hanya untuk membayar hutang sahaja.
Kita ingat dengan gaji RM3,000 sangat besar tapi kalau tinggal di Kuala Lumpur, dalam kategori miskin bandar.”
@rahimimustafa Executive bank jadi gelandangan. Kisah benar. Ya Allah sungguh sedih dan pilu ? #fyp? #fyppppppppppppppppppppppp
Situasi itu membuatkan Rahimi berpesan kepada ramai orang di luar sana untuk melakukan pekerjaan lain secara separuh masa bagi mendapatkan wang tambahan.
Bukan itu sahaja, dia juga mencadangkan agar seseorang itu tidak beri muka kepada syarikat yang langsung tidak menjaga kebajikan pekerja.
Saran Rahimi, carilah kerja lain dan tidak perlulah setia jika syarikat hanya menawarkan kenaikan gaji yang rendah serta tidak dinaikkan pangkat.
Rata-rata warganet yang membaca perkongsian itu bersetuju dengan Rahimi dan berpendapat setiap individu mempunyai hak untuk membuat pilihan sendiri serta menikmati kehidupan dengan lebih baik dalam segala aspek.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.