Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian selepas terpalit kontroversi dikatakan menjual video berunsur lucah bersama lelaki dikenali sebagai Daddy Ash ketika berada di Bali, Indonesia.
Terkini, Zarina atau mesra disapa Anju memuat naik video di Instagram yang memperlihatkan dirinya hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) ditemani peguam bagi memberi keterangan berhubung isu panas tersebut.
Terima kasih sangat-sangat pada pihak MCMC sudi bantu buat siasatan dengan sangat telus dan tertib. Sangat baik mereka layan saya. Terima kasih juga pada lawyer saya, Dato Azar dan Encik Nick.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk menegur dan menasihati Anju susulan tindakannya yang sebelum ini memuat naik video bersama Daddy Ash, selain promosi pautan Telegram serta Close Friends berbayar.
You sendiri yang up kan gosip sampai ramai fikir buruk. Marketing pun jangan la pilih jalan macam ni.
Sian netizen kena tipu bayar tapi tak dapat tengok pon.
Cuba jadi mahal sikit, rupa pun ada, bakat pun ada. Jangan kejar publisiti murah.
Anju, jangan la berkawan dengan orang macam Daddy Ash tu. Kesian kat anak you.
Ramai berharap agar Zarina lebih berhati-hati selepas ini dan tidak mudah terpalit dengan individu yang mempunyai rekod kontroversi, selain diminta memikirkan masa depan serta nama baik keluarganya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.