“Sia-Sia Sahaja Masuk Universiti, Lepas Itu Ke Tali Gantung” – Tunku Azizah

Trending

“Sia-Sia Sahaja Masuk Universiti, Lepas Itu Ke Tali Gantung” – Tunku Azizah

Kes buli sehingga menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi bualan hangat selepas enam suspek utama dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah.

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru-baru ini bertitah kepada pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk mengambil iktibar daripada kes buli yang berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)  tujuh tahun lalu.

Advertisement

zulfarhan osman

Baginda menasihati pelajar baru untuk berkelakuan baik sesama mereka dan elak daripada mengakhiri kehidupan dengan hukuman gantung.

Saya ingin menasihati semua pelajar baru, baru-baru ini anda telah membaca dalam surat khabar mengenai kejadian di UPNM, 7 tahun lalu. Saya harap kita mengambil iktibar daripada kejadian tersebut kerana sia-sia saja awak masuk universiti dan lepas itu ke tali gantung.

Baginda juga berpesan agar semua pelajar sentiasa berbaik dengan setiap orang seperti adik beradik dan anggaplah ia sebagai nasihat daripada seorang ibu.

Jadi saya harap semua jangan lakukan begitu ya. Anggap semua orang sebagai adik beradik dan saya sebagai seorang ibu. Saya menasihati kalian semua untuk kebaikan.

 

Baginda bertitah sedemikian dalam Majlis Bai’ah atau Lafaz Ikrar Pelajar Baharu di Pusat Asasi UIAM, Kampus Gambang semalam (25 Julai).

ibu zulfarhan
1 month ago

"Tekap Seterika Di Kemaluan, Tu Saya Tak Boleh Terima" - Ibu Zulfarhan Anggap Pembuli Memang Patut Dihukum Mati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...