“Sia-Sia Pergi Haji!” – Terus Tukar Baju Dalam ‘Flight’ Dari Mekah, Nenek-Nenek Teruk Dikecam

Kehidupan

“Sia-Sia Pergi Haji!” – Terus Tukar Baju Dalam ‘Flight’ Dari Mekah, Nenek-Nenek Teruk Dikecam

Sedia maklum, kini jemaah haji musim ini sudah mula berperingkat pulang ke negara masing-masing secara berperingkat setelah selesainya ibadah haji mereka.

Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan sekumpulan jemaah haji berjantina wanita bergaya sakan di dalam pesawat ketika mahu pulang ke kampung halaman.

Advertisement

Difahamkan dari video yang dimuat naik oleh kru kabin pesawat berkenaan, mereka adalah jemaah haji berketurunan Bugis dari Makassar, Indonesia.

Jika dilihat dalam video terbabit, wanita-wanita itu menggayakan pakaian berwarna-warni lengkap dengan barang kemas dan cermin mata hitam. Boleh di katakan suasana di dalam pesawat itu seakan-akan pertunjukan fesyen.

Boleh lihat juga beberapa wanita warga emas yang lain sedang sibuk bersolek di tempat duduk mereka sambil diperhatikan rakannya yang lain.

Video terbabit sememangnya meraih perhatian yang cukup hebat hingga mencecah lebih 2.1 juta tontonan daripada warganet dan meninjau di ruangan komen, netizen mempunyai reaksi yang berbeza-beza.

komen tiktok

Ada yang berpandangan itu merupakan budaya orang Bugis sejak zaman dahulu kala setelah selesai menunaikan ibadah haji, namun ada juga mengecam mengatakan cara mereka meraikan itu berlebihan.

Aliff Syukir dikecam buat aksi tak senonoh
4 bulan lalu

"Apa Salah Saya! Saya Nak Niaga Je" - Video Promosi Tudung Didakwa Lucah, Aliff Syukri Sedih Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    August 3, 2022 at 2:04 pm

    sebok la korang itu tradisi dorang la balik mekah pakai cantik2 korang sapo nak pertikaikan sia sia haji dorang .korang tu umrah pun tak lepas sebok bingaii

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...