Entah kenapa, sesetengah netizen ini seakan suka pula menghina artis sedangkan diri sendiri belum cukup sempurna. Kan lebih mudah, kalau tidak suka dengan seseorang artis, berhenti sahaja mengikuti media sosial mereka.
Baru-baru ini, penyanyi Datin Alyah juga turut dijadikan target untuk netizen melempiaskan rasa amarah dan komen negatif.
Memuat naik sekeping foto bersendirian dengan kata-kata semangat buat dirinya, Datin Alyah berang apabila perkongsiannya itu di salah erti. Tiba-tiba sahaja ada netizen biadab yang meninggalkan komen menghina dirinya dan suami, Datuk Ramli MS.
Bagaimanapun, Alyah tidak berdiam diri dan tampil membidas komen biadab berkenaan.
Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja tinggalkan komen melampau sebegitu. Semoga Alyah bersabar dan jangan tertekan dengan segala komen negatif.