Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang pengacara, lebih-lebih lagi untuk program yang disiarkan secara langsung dan popular. Sekali sahaja tersilap cakap, pasti akan menjadi perhatian dan dikecam.
Itulah yang berlaku kepada penyanyi Khai Bahar yang baru-baru ini menggantikan tempat Neelofa sebagai pengacara dalam program hiburan popular MeleTOP.
Ketika sedang wawancara peserta Big Stage dimana penyanyi Korea Selatan iaitu Jang Han-Byul turut serta, Khai dilihat memanggil Han-Byul dengan panggilan ‘Si Korea’ dan hanya bercakap dalam bahasa Melayu sepanjang masa, membuatkan jejaka Korea itu sangat keliru.
Tergelak aku part Kucaimars dkt Meletop mlm td..
Advertisementboleh borak dgn mamat korea mcm jumpa member??? pic.twitter.com/oyEpuNBF1A
— Luqman (@luqmanhkm93) August 7, 2019
Si Korea je dia panggil? Biadab
Tindakan Khai itu dianggap rasis oleh sesetengah pihak dan rata-rata netizen turut bengang dengan apa yang berlaku. Sebagai seorang hos, Khai sepatutnya menghormati dan cuba untuk berkomunikasi dengan baik bersama artis jemputan agar mereka merasa selesa.
Wakil Han-Byul tampil berikan
penjelasan, tiada isu besar yang
timbul dan Han-Byul tidak terasa
dengan sikap Khai
Mungkin juga Khai tidak sengaja bersikap sebegitu, terlalu gemuruh kerana pertama kali mengacara. Apa-apa pun, pihak Han-Byul pun sudah berikan kenyataan dan ini cuma satu salah faham sahaja dan tiada isu besar yang timbul. Harap dengan penjelasan tersebut, netizen jangan lagi berbalah yer.

Anti korea
August 18, 2019 at 12:27 am
Hanbyul..mama mcm otak biul je. Aku smoi slang xkenal mana2 retis Korea ni.muka sume Sama je.
Anti peminat K-pop
August 16, 2019 at 2:01 pm
Budak2 hingusan peminat K-pop dah menunjukkan kebodohan yg bertingkat2. Tak nak ddk malaysia pergi berambus ke planet namek. Beriye2 lg.. Alahai.. Memalukan. Mcm menyembah dewa plak ye nak diagung2 kan sgt artis2 K-pop ni..