Si Kecil Merengek Berada Di Dalam Car Seat? 8 Tip Mudah Ini Bantu Mereka Untuk Suka Car Seat

Trending

Si Kecil Merengek Berada Di Dalam Car Seat? 8 Tip Mudah Ini Bantu Mereka Untuk Suka Car Seat

Keselamatan si kecil sewaktu berada didalam kenderaan amatlah penting. Sebab itu setiap ibu bapa perlu ambil berat betapa pentingnya memastikan keselesaan si kecil sewaktu kenderaan bergerak.

Advertisement

Namun adakalanya menjadi cabaran apabila si kecil sering meragam atau berasa tidak selesa bila berada didalam “car seat”.

Bagi menangani permasalahan ini, admin ingin kongsikan, bagaimana anda boleh membuatkan si kecil, untuk suka berada dalam car seat, jom kita lihat perkongsian dari laman Bebecucu ini.

Kenapa Baby Car Seat Sangat Penting

a. Mengelakkan berlaku kecederaan pada baby atau toddler

b. Ibu atau bapa sebagai pemandu dapat memandu dengan tenang (supaya anak tak main gear dan sebagainya)

Negara-negara maju, seperti UK dan Australia mewajibkan penggunaan baby car seat. Dan di Australia, denda sebanyak AUD 500 (RM 1500) jika anda tertangkap tidak menggunakan baby car seat semasa travelling.

Tip Melatih Anak Duduk Dalam Baby Car Seat Semasa Travelling

1. Latihan Perlu Dari Newborn

On the way balik dari hospital selepas bersalin, mesti terus letak baby dalam car seat.

2. Periksa Car Seat Dalam Keadaan Bersih, Selesa Dan Selamat Sebelum Bertolak

Pastikan bayi anda selesa, tiada semut atau serangga, dan car seat bersih.

3. Terangkan / Bercakap Kepada Bayi

Ini penting, walaupun bayi anda nampak macam tidak faham, tidak mengapa, terangkan sahaja. Bayi adalah anugerah dan ciptaan terhebat dari Allah SWT, mereka cepat faham.

Contoh: ” Adam, kita nak pergi jalan-jalan, yeay! Seronoknya jalan! Tapi, sebelum itu Adam kena duduk dalam ini, tengok, mama papa pun kena duduk kerusi sendiri.”

4. Awal-Awal Cuba Travel Mengikut waktu Tidur Bayi

Supaya bayi tidur dalam car seat dengan tenang.

5. Pastikan Suhu Penghawa Dingin Kereta Sesuai Dengan Bayi

Kadang-kadang bayi akan menangis disebabkan oleh:

Mereka tidak merasa penghawa dingin, jadi mereka berpeluh

– Penghawa dingin terlalu kuat, mereka kesejukan

Jadi, sebelum bertolak, setkan penghawa dingin supaya bayi selesa, boleh juga membawa portable fan jika perlu.

6. Bawa Sekurang-Kurangnya Tiga Mainan Kesukaan Bayi

7. Perjalanan Tidak Melebihi 2 Jam Setengah

Contoh: KL-Penang, 4 jam, ibu bapa perlu membuat persinggahan dahulu di R&R Sungai Perak supaya bayi tidak penat dan bosan dalam car seat.

8. Biarkan Sahaja Bayi Menangis

Tip terakhir ini memang ramai ibu dan bapa tewas. Namun, ketahuilah tiada bayi yang tidak menangis bila diletakkan di dalam car seat. Meraka hanya perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, dalam sesuatu tempoh masa. Selepas mereka berasa selesa, mereka tidak akan menangis tanpa sebab.

Setelah mengetahui cara yang berguna ini, admin yakin anda akan mempraktikkan tip ini supaya si kecil minat untuk duduk di dalam car seat. Moga-moga perjalanan selepas ini menjadi lebih tenang, dan selesa buat ibu, bapa, serta si kecil. Jom kita berjalan dengan selamat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...