Si Dia Sukakan Anda? 7 Tanda Beri Korang Petunjuk, “Take Noted!”

Trending

Si Dia Sukakan Anda? 7 Tanda Beri Korang Petunjuk, “Take Noted!”

Young couple chatting in cafeBila bercakap tentang bab cinta ni, semua akan tersengih-sengih. Siapa yang tidak inginkan cinta dan rasa dicintai?

Mak pun mula tegur, “Kau dah kenapa senyum sorang-sorang. Jatuh cinta ke?”

Advertisement

Tapi, macam mana kita nak tahu sama ada seseorang tu betul-betul sukakan kita atau tidak? Kena tahu 7 tanda penting ini!

1. Semuanya serba tak kena

Ciri pertama yang anda boleh kesan bila si dia jadi lain macam. Cakap dengan anda pun malu-malu. Kalau sebelum ni suruh mintak tolong je lari, sekarang ni ada je depan mata.

2. Selalu senyum pada anda tanpa sebab

Bukan tanda si dia ni gila. Tapi sebab kerana cinta, tengok muka anda pun dah buat rasa gembira. Anda mengusik pun si dia hanya tersenyum je dan takkan marah.

3. Suka curi-curi pandang

Pernah tak anda nak pandang ke satu arah tiba-tiba mata anda bertentang mata dengan si dia. Gotcha! Itu tandanya si dia sedang curi-curi pandang ke arah anda, tapi tiba-tiba kantoi!

4. Sentiasa cari alasan untuk jumpa anda

Jika si dia sentiasa cari alasan untuk berjumpa dengan anda, maknanya memang sah si dia tak boleh kalau tak lihat wajah anda. Ada je alasan asalkan dapat melepaskan rindu.

5. Sering tawarkan bantuan

Orang baik dengan orang yang terlalu baik ada bezanya. Orang terlalu baik ni, rela tawarkan diri untuk membantu walaupun ketika tidak diperlukan. Cinta buatkan seseorang jadi angau!

6. Selalu bertanyakan hal-hal peribadi

Bila sukakan seseorang, secara automatik kita akan ada sifat ingin tahu lebih mendalam tentang seseorang. Jika mula bertanyakan tentang hal peribadi, memang sah si dia serius sukakan anda.

7. Jadi lebih posesif

“Kau jangan rapat dengan dia. Dia tu dah la kaki perempuan.” Jika tiba-tiba si dia beri amaran sebegini pada anda, itu tandanya dia tidak mahu anda jatuh ke tangan orang lain. Kalau dia tak sukakan anda, dia takkan peduli dengan siapa pun anda rapat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.