Bila bercakap tentang bab cinta ni, semua akan tersengih-sengih. Siapa yang tidak inginkan cinta dan rasa dicintai?
Mak pun mula tegur, “Kau dah kenapa senyum sorang-sorang. Jatuh cinta ke?”
Tapi, macam mana kita nak tahu sama ada seseorang tu betul-betul sukakan kita atau tidak? Kena tahu 7 tanda penting ini!
1. Semuanya serba tak kena
Ciri pertama yang anda boleh kesan bila si dia jadi lain macam. Cakap dengan anda pun malu-malu. Kalau sebelum ni suruh mintak tolong je lari, sekarang ni ada je depan mata.
2. Selalu senyum pada anda tanpa sebab
Bukan tanda si dia ni gila. Tapi sebab kerana cinta, tengok muka anda pun dah buat rasa gembira. Anda mengusik pun si dia hanya tersenyum je dan takkan marah.
3. Suka curi-curi pandang
Pernah tak anda nak pandang ke satu arah tiba-tiba mata anda bertentang mata dengan si dia. Gotcha! Itu tandanya si dia sedang curi-curi pandang ke arah anda, tapi tiba-tiba kantoi!
4. Sentiasa cari alasan untuk jumpa anda
Jika si dia sentiasa cari alasan untuk berjumpa dengan anda, maknanya memang sah si dia tak boleh kalau tak lihat wajah anda. Ada je alasan asalkan dapat melepaskan rindu.
5. Sering tawarkan bantuan
Orang baik dengan orang yang terlalu baik ada bezanya. Orang terlalu baik ni, rela tawarkan diri untuk membantu walaupun ketika tidak diperlukan. Cinta buatkan seseorang jadi angau!
6. Selalu bertanyakan hal-hal peribadi
Bila sukakan seseorang, secara automatik kita akan ada sifat ingin tahu lebih mendalam tentang seseorang. Jika mula bertanyakan tentang hal peribadi, memang sah si dia serius sukakan anda.
7. Jadi lebih posesif
“Kau jangan rapat dengan dia. Dia tu dah la kaki perempuan.” Jika tiba-tiba si dia beri amaran sebegini pada anda, itu tandanya dia tidak mahu anda jatuh ke tangan orang lain. Kalau dia tak sukakan anda, dia takkan peduli dengan siapa pun anda rapat.