Si Bapa Ketagih Main ‘Video Game’, Ibu Terpaksa Kurung Anak Dalam Sangkar

Kehidupan

Si Bapa Ketagih Main ‘Video Game’, Ibu Terpaksa Kurung Anak Dalam Sangkar

Gara-gara si suami terlalu gemar bermain permainan video, seorang wanita yang juga bergelar ibu tidak mempunyai pilihan lain apabila terpaksa meletakkan anaknya di dalam sangkar khas ketika keluar bekerja.

Ujar wanita itu yang tinggal di China, dia enggan mempertaruhkan keselamatan anaknya itu dengan meninggalkan si kecil di rumah bersama bapanya kerana langsung tidak boleh diharap.

Advertisement

Ini berikutan sikap lelaki itu yang ‘ketagih’ bermain ‘video game’ sekaligus memaksa wanita itu untuk membina sangkar khas buat anaknya di bawah troli tempat dia berniaga.

Kata wanita itu, dia terpaksa berbuat demikian kerana tiada pilihan lain dan suaminya itu tidak bekerja dan mengabaikan tanggungjawab anak.

sangkar anakSumber : YouTube  

Jika perlu menjaga anak di rumah, suami akan membiarkan sahaja anak kelaparan. Dia hanya akan bermain permainan video sepanjang hari sahaja.

Difahamkan wanita yang dikenali sebagai Puan Li itu akan ke pasar pada waktu pagi untuk berniaga, dan kemudiannya pulang ke rumah untuk menjual manisan pula pada waktu petang.

Menjengah ke ruangan komen hantaran video tersebut, netizen meluahkan rasa simpati mengenangkan nasib Puan Li dan berharap agar ada pihak yang dapat membantu menjaga anak lelakinya itu ketika dia keluar bekerja.

lelaki lembut ditertawa solat di surau
2 years ago

"Nampak Bapuk Terus Gelak" - Diejek Kerana Pergi Solat Di Surau, Lelaki Ini Luah Rasa Sedih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...