Sedia maklum, semalam penuh di platform media sosial video-video temubual penyanyi, Noh Salleh serta suami kepada bekas isterinya, Mizz Nina iaitu Essam Muhammad.
Fynn Jamal tinggalkan komen?
Hal yang menarik perhatian ramai adalah di salah sebuah video memaparkan temubual pihak media bersama Essam di luar mahkamah, penyanyi yang popular dengan lagu Arjuna Beta iaitu Fynn Jamal tinggalkan komen seakan-akan menyindir seseorang.
Dalam komen tersebut, Fynn Jamal seolah-olah berkata semua pihak sudah tahu kebenaran tentang seseorang, bahkan menyatakan Allah SWT adalah saksinya.
Netizen tertanya-tanya
Komen tersebut sememangnya meraih perhatian dan ada beberapa netizen tertanya-tanya komen tersebut ditujukan untuk pihak Mizz Nina ataupun Noh Salleh.
Kepastian mengenai komen tersebut ditujukan buat pihak Mizz Nina atau Noh masih belum diketahui lagi.