Jangankan Shukri Yahya, Abang Nara pun confirm gigil kalau kena lakonkan adegan pegang tangan Nur Fathia. Satu memang sebab Nur Fathia cantik dan cun melecun. Keduanya tengah syok berlakon pegang tangan, tiba-tiba kekasih Fathia iaitu Aiman Hakim Ridza muncul. Tak ke cuak? Mesti kena ushar semacam je. Namun ini semua ‘terpaksa’ dilakukan atas dasar profesional demi kejayaan drama Dia Isteri Luar Biasa.
Bercerita tentang pengalamannya itu, Shukri Yahya memaklumkan yang Nur Fathia telah menenangkan dirinya ketika penggigilan tersebut berlaku. Seperti yang kita ketahui, Nur Fathia telah berlakon lebih lama berbanding Shukri. Jadi ada pengalaman lebih sikit. Kata Shukri:-
Ini pertama kali saya bergandingan bersama Fathia. Sebelum masuk ke set, saya ada menonton lakonan Fathia menerusi drama Bencinta.Sepanjang penggambaran drama ini. saya banyak dapat tunjuk ajar daripada pengarah juga Fathia sendiri sekaligus dapat membina keserasian antara kami.
Cuma saya ni seorang yang pemalu. Tambahan, awal-awal lagi saya sudah letak jurang di mana saya junior manakala Fathia pula adalah senior saya dalam bidang lakonan. Dia cantik dan lakonannya hebat. Mungkin itu yang membuatkan saya berasa segan dengannya.
Ada satu babak kahwin di mana saya perlu pegang tangan Fathia. Mulanya sewaktu saya hendak pegang tangan dia, saya mengigil. Dia nampak tangan saya mengigil dan dia terus tenangkan saya. Bila dia memberi reaksi sebegitu, rasa gementar saya berkurang
Mungkin selepas ini Shukri Yahya boleh cuba minta pengarah drama/filem lakonannya untuk membuang babak berpegangan tangan sebegini. Takut pasnie gigil datang lagi. Ada banyak lagi cara untuk menunjukkan ikatan kasih sayang. Tak semestinya kena berpegangan tangan. Apa pun lakonan anda di dalam episod pertama Dia Isteri Luar Biasa boleh tahan hebatnya. Teruskan usaha!!! Sumber MalaysianDigest.