November 2nd, 2015

Bakal bernikah 20 November depan, hero drama Dia Isteri Luar Biasa Shukri Yahaya tegas dengan pendirian beliau yang enggan mendedahkan jumlah hantaran yang diberikan kepada bakal isterinya, Tya Adnan meskipun dipujuk serta ditanya oleh beberapa pihak.

Bukan tidak ada yang bertanya tentang perkara tersebut tapi sudah beberapa kali saya melaluinya. Tak payahlah diberitahu berapa, biarlah menjadi rahsia kami sahaja.

Mengakui beliau sedang popular selepas beberapa tahun menceburi bidang lakonan, Shukri  yakin perkahwinan ini bukanlah satu halangan untuk beliau terus berjaya dalam kariernya. Ini kerana, ada yang berpendapat bahawa berkahwin akan menjatuhkan populariti beliau sehinggakan ada yang meminta agar Shukri menangguhkan hasratnya itu.

Peminat sekarang bukan seperti peminat terdahulu yang akan berhenti memberikan sokongan sebaik sahaja artis kesukaan mereka bernikah. Saya tidak pernah nampak perkara itu akan menjejaskan. Kalau dilihat kembali sejarah, ramai artis kita yang terus membina empayar meskipun sudah berstatus suami atau isteri.

Tidak ada masalah besar kepada peminat untuk terus menyokong mereka asalkan memberikan yang terbaik dalam kerjaya.

Bukan semua artis selepas kahwin sahaja terus populariti mereka jatuh. Kalau mereka bijak untuk merancang sesuatu untuk karier mereka, memang boleh tahan lama dalam industri. Apa-apa pun, lakonan kena mantap dan diperbaiki daripada masa ke semasa.

Sumber Berita: Utusan Online


Comments are closed.

Loading...