May 26th, 2016

Siapa tidak kenal dengan pelakon yang semakin popular, Shukri Yahaya bukan? Berkahwin pada bulan November 2015, Shukri bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Mengakui tidak sabar untuk menimang cahaya mata, Shukri merasa lebih teruja apabila isterinya Tya Adnan disahkan bakal melahirkan seorang bayi perempuan sekitar bulan Ogos depan.

Ini satu lagi khabar gembira buat kami sekeluarga. Selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan anak kami adalah perempuan. Saya sentiasa berdoa semoga isteri dan anak yang bakal lahir sentiasa dalam keadaan sihat.

Selepas berkahwin, tanggungjawab saya bertambah lagi. Sebagai bakal ibu bapa baru, ia memberikan satu lagi cabaran buat saya dan isteri.

Shukri sudah membuat segala persiapan untuk menyambut anak sulungnya itu, daripada keperluan utama bayi sehinggalah memilih hospital yang terbaik untuk isterinya bersalin nanti.

Selain sudah menyedikan beberapa keperluan utama anak, saya tidak ketinggalan membuat pilihan hospital untuk isteri bersalin.

Dari segi kelengkapan barang anak, saya tidak mahu terlalu berlebihan sehingga wujudnya pembaziran. Cukup sekadar membeli apa yang diperlukan sesuai dengan usia yang baru lahir.

Siapa yang tidak teruja bila hendak dapat anak buat kali pertama bukan? Kami doakan agar segala proses bersalin buat isteri Shukri Yahaya berjalan dengan lancar. Ermm, tak sabar pula hendak lihat wajah bayi mereka, iyalah bapanya kacak maknya boleh tahan cantik ..Hehe

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...