Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Shukri Yahaya Terpaksa Guna Duit Simpanan Untuk Sara Keluarga Sepanjang Tempoh PKP

shukri yahaya akui terjejas sepanjang pkp

Mendedahkan dirinya terpaksa menggunakan duit simpanan untuk perbelanjaan keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu, aktor tampan Shukri Yahaya akui mata pencariannya terjejas sepanjang menempuh fasa tersebut.

shukri yahaya akui terjejas sepanjang pkp

Advertisement

Menurut Shukri banyak hikmah yang dipelajarinya daripada ujian yang melanda malah turut diakui lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga kerana tiada apa lagi yang boleh dilakukakan memandangkan dirinya tidak mengendalikan perniagaan.

“Jadi, terpaksalah guna duit simpanan sedikit dan isteri pun ada bantu melalui perniagaan dia. Bagi saya PKP tidaklah terjejas sangat cuma tiada apa yang masuk dan perlu bergantung pada simpanan sepenuhnya.”

shukri yahaya akui terjejas sepanjang pkp

Meskipun begitu, Shukri kini bagai mampu menarik nafas lega apabila kerjaan sudah mula membenarkan industri hiburan beroperasi semula dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kalau sampai setengah tahun mungkin akan rasa terdesak dan pastinya semua akan rasa yang sama. Syukur kini pelakon sudah dibenarkan bekerja semula dan saya pun keluar mencari rezeki.”

Terdahulu, kecoh di seluruh media sosial apabila ramai dalam kalangan selebriti memohon diberi bantuan khusus daripada kerajaan ekoran terjejas teruk dari segi sumber pendapatan sepanjang PKP dilaksanakan.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. En. Fadlie

    July 8, 2020 at 6:28 pm

    Contoh yang bagus juga. Betapa pentingnya ada simpanan kecemasan pada masa tak ada pendapatan masuk atau pada masa yang sangat memerlukan.

  2. anak nogori

    July 7, 2020 at 12:40 pm

    ramai lg org yg susah bro!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top