Written by Bella | July 25th, 2019

Hasrat pelakon Shukri Yahaya untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila isterinya, Tya Adnan mengalami keguguran sekitar April lalu. Shukri berkata, isterinya disahkan mengandung pada Mac lalu tetapi kandungannya itu hanya bertahan selama sebulan.

Siapa sahaja yang tidak kecewa apabila isteri keguguran, namun Shukri redha dan menganggap belum tiba waktunya untuk dia dan Tya menimang cahaya mata kedua.

Tya disahkan hamil, Mac lalu. Namun, ketika itu, saya tidak mahu berkongsi kepada umum. Pada fikiran saya, biarlah orang ramai tahu sendiri atau jika ada yang bertanya.

Apabila disahkan doktor, kandungan sudah ‘kosong’. Tipulah jika saya kata tidak kecewa, cuma saya reda dengan ketentuan Tuhan. Insya-Allah, saya pasti rezeki ada pada masa hadapan.

Dikurniakan anak sulung perempuan, saya teringin anak lelaki untuk melengkapkan keluarga kecil saya.

Shukri dan Tya berkahwin pada November 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena yang kini berusia 3 tahun.

Sumber Berita : BH ONLINE

9 responses to Shukri Yahaya Redha Isteri Keguguran Anak Kedua

  1. huhu says:

    salam takziah..lepas kami kene buat ape ni nara..huhu

    2

    0
  2. mama bawang says:

    aku macam baca “isteri kedua gugur anak” haha

    3

    0
  3. farzana says:

    jangan bersedih, rezeki Allah di mana mana. Doa yang baik baik saja.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Bagus la kurang membiak. Bini bukan cantik pon.

    1

    6
  5. Anonymous says:

    takziah

    0

    0
  6. nini says:

    harap bersabar.semoga diberi rezeki anak lagi

    0

    0
  7. Memang la, semua org nak anak sepasang ala ala iklan bank tu tapi kalau dah Allah bagi anak kedua pompuan jugak, ketiga pompuan jugak yg bongsu pompuan jugak. Ko nak ckp apa, takkan nak tanam hidup2 mcm jahiliah. Ko terima je la apa2 yg Allah bagi pon itu yg terbaik. Jgn tak reti bersyukur pulak. Lain la kalau ko ada power nak control sperma ko jadi baby boy confirm2. Yg paling penting baby sihat cukupla. Lelaki kat malaysia ni dah la sikit pastu yg dah jadi lelaki sibuk nk jd betina. Anak pompuan pon hebat2 dah jaman now. Ada yg lagi bagus dari anak laki yg takut bini. Yg dah ada anak sepasang tu tak payah riak la jilake. Jaga je la anak laki ko jgn jadi kunyit.

    0

    1
  8. jannah says:

    redha dengan perancangan allah,maka allah akan bagi rezeki di tempat lain

    0

    0

Leave a Reply to jannah Cancel reply