Shuk Sahar Nafi Sorok Dokumen Jantung Fara Salleh, Minta Bibik Bantu Cari – “Kalau Ada, Beri Pada Saya..”

Hiburan

Shuk Sahar Nafi Sorok Dokumen Jantung Fara Salleh, Minta Bibik Bantu Cari – “Kalau Ada, Beri Pada Saya..”

Enggan dirinya terus dipersalahkan, pelawak Shuk Sahar tampil mempertahankan diri dengan meminta pertolongan daripada pembantu rumahnya untuk menggeledah seluruh kawasan di dalam kediamannya bagi mencari dokumen berkaitan masalah jantung Fara Salleh, yang didawak berada di dalam simpanannya.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Shuk atau nama penuhnya Muhammad Shukri Mohammed Sahar berkata, dia terpaksa meminta pertolongan pembantu rumahnya itu kerana enggan dituduh menyembunyikan dokumen berkenaan.

Advertisement

shuk sahar

Kak saya cuma nak tanya, akak dah cari seluruh rumah ini ada tak dokumen jantung? Sebab nanti orang ingat saya simpan dokumen jantung tu.

 

Nanti akak tolong cari di seluruh rumah, cari dalam kereta saya. Kalau ada, akak beri pada saya ya.

Dalam hantaran yang lain, pembantu rumah itu mendakwa Fara meminta pertolongannya untuk mengemas barang sebelum meninggalkan rumah.

Saya jumpa dokumen bayi sahaja.

 

Lagipun dia (Fara) kemas sendiri dengan pertolongan saya. Tak ada apa yang tinggal kecuali baju dobi.

pembantu rumah shuk sahar

Selasa lalu, Fara memuat naik hantaran di Instagram Storynya memaklumkan dia masih belum menerima dokumen diagnosis jantung yang berada dalam simpanan Shuk.

Fara mendakwa dokumen tersebut diperlukan bagi memudahkan proses melahirkan anaknya dan menganggap Shuk sengaja ingin menyukarkan urusannya.

Fara salleh
2 days ago

Lengahkan Proses Cerai Sebab Tolak Rujuk, Fara Salleh Haramkan Shuk Jumpa Anak - “Cukuplah Setahun,Tak Sanggup Dah”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...