Ketika diuji dengan masalah rumah tangga, pelawak dan pengacara Shuk Sahar kekal tenang dan bersyukur kerana masih mempunyai sahabat yang dianggap sebagai keluarga.
Shuk atau nama lengkapnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar turut memohon sekiranya masalah rumah tangga yang dihadapi bersama isterinya iaitu Fara Salleh memberi impak yang buruk kepada rakan-rakannya itu.
“Terima kasih Lepak Bapak (team podcast) bukan sebab korang menyebelahi aku ke apa tapi sebab buat aku rasa aku ada keluarga dan tempat tumpang rasa keluarga di Singapura.”
“Maaf kalau hal aku banyak buat korang terpalit sedikit cerita yang tak baik. Semoga Allah balas kebaikan korang dengan kebaikan.”
Kenyataan tersebut dikongsikan menerusi ruangan komen di sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram podcast Lepak Bapak.
Dalam hantaran tersebut, dua orang wakil pasukan Lepak Bapak telah mengeluarkan kenyataan susulan nama kumpulan mereka itu turut terbabit dalam kemelut rumah tangga pelawak berkenaan.
Shuk gigih cari rezeki
View this post on Instagram
Salah seorang wakil yang dikenali sebagai Feroz berkata, dia sebagai rakan melihat kegigihan pelawak itu dalam berniaga untuk mencari rezeki buat keluarga.
Bagi pihak kami, apa yang kami nampak sepanjang bulan Ramadan bagaimana gigihnya dia ke sana ke sini menguruskan perniagaan sampai 2 hingga 3 pagi jual minyak wangi.
Sebelum Ramadan lagi, kami sudah lihat betapa gigihnya dia bekerja sampai malam, extra recording podcast lagi sebab nak cari duit untuk trip ke Eropah dan pembedahan isterinya. Semua ni kita nampak macam mana dia habiskan masa bekerja.
Walau bagaimanapun, Feroz menasihati Shuk agar terus kuat dalam menghadapi dugaan rumah tangga ini.
Malah, dia dan sahabat yang lain bersedia untuk memberikan sokongan dan bantuan jika diperlukan.
Sebelum ini, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu kepada Fara menerusi panggilan telefon.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Fara menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagramnya.