Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nama pengacara popular iaitu Shuk Sahar telah terpalit dengan kontroversi yang mengatakan bahawa dirinya mempunyai perempuan simpanan walaupun sudah beristeri.
Pengguna Twitter iaitu @laudyaTaylor membongkarkan rahsia di mana Shuk dikhabarkan memjalinkan hubungan intim dengan seorang wanita bernama Fara Salleh.
Dakwa pengguna yang dikenali sebagai @laudyaTaylor, wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Shuk dikenali sebagai Fara Salleh.
“Betina ni memang sondol laki orang saja, kalau boleh yang then dia konon sara hidup mana jantan yang solo baru mau up. Apa punya perangai,” dakwa akaun berkenaan.
Akaun berkenaan juga turut mendakwa, hubungan sulit Shuk dan wanita itu telah berputik sejak setahun lalu, malah kini telah diketahui oleh isteri pelawak berkenaan, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.
Menurutnya lagi, skandal Shuk juga didakwa telah mencipta akaun palsu @_sflia untuk berhubung dengan Rossalennah dan memberitahu perkara sebenar. Lebih perit, Shuk pernah dikhabarkan telah menghamilkannya dan memaksa wanita tersebut menggugurkan kandungan.
“Tak nak mengaku suami ada perempuan lain di belakang? Tak nak mengaku suami dah mengandungkan perempuan lain?”
Bagaimanapun, Rossalennah turut memuat naik komen terbabit di akaun Instagramnya namun telah memadamkan status berkenaan.
Untuk rekod, Fara sebelum ini didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Shah Jaszle dan Kecik Ogie.
Terdahulu, Shuk dan Rossalennah selamat bernikah pada 20 Disember 2015 di kediaman isterinya yang terletak di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.
Sumber: Gempak