August 3rd, 2020

Berkongsi sepotong video sempena ucapan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini di laman Instagramnya, pengacara dan pelawak Shuk Sahar akhirnya seakan mahu bersuara berkenaan kontroversi yang melanda dirinya.

shuk sahar curang

Kata Shuk yang ketika itu sedang berjalan bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, dia akan ‘bercakap’ apabila sampai masa yang sesuai.

“Saya nak ucapakan Selamat Hari Raya Aidiladha.Cuma nak beritahu, Shuk Alhamdulillah tak ada apa-apa dan insyaAllah kalau ada masa yang sesuai nanti Shuk akan bercakap.”

Menerusi video yang dimuat naik di Insta Stories, Shuk dan isteri dilihat turut ditemani beberapa lelaki di samping mereka.

shuk sahar curang

Bagaimanpun, Shuk kini dikhabarkan masih belum menjelaskan secara terperinci berkenaan dakwaan yang mengaitkan dirinya berlaku curang dengan wanita lain.

Terdahulu, tular kisah yang mendakwa Shuk bermain kayu tiga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

shuk sahar curang

Lebih perit, Shuk juga didakwa pernah menghamilkan wanita tersebut dan memaksanya menggugur kandungan.

Kisah kecurangan itu didedahkan menerusi akaun Twitter @laudyaTaylor hingga mencetuskan tanda tanya netizen akan kesahihan perkara terbabit.

Apa-apa pun, wajar untuk kita beri sedikit masa untuk Shuk menjernihkan keadaan kembali yang kian parah ini.

Sumber: Gempak


One response to “Shuk Sahar Dedah Hubungan Dengan Isteri Masih Baik”

  1. Anonymous says:

    Aduuuyaaiii…muka mcm ni pun boleh ek curang..dah tu sampai mengandungkan lg perempuan tu…y perempuan pun satu hal, selera ko nk layan laki muka cam ni…adooiiii…muka atok aku lg hensem…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...