Berkongsi sepotong video sempena ucapan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini di laman Instagramnya, pengacara dan pelawak Shuk Sahar akhirnya seakan mahu bersuara berkenaan kontroversi yang melanda dirinya.
Kata Shuk yang ketika itu sedang berjalan bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, dia akan ‘bercakap’ apabila sampai masa yang sesuai.
“Saya nak ucapakan Selamat Hari Raya Aidiladha.Cuma nak beritahu, Shuk Alhamdulillah tak ada apa-apa dan insyaAllah kalau ada masa yang sesuai nanti Shuk akan bercakap.”
Menerusi video yang dimuat naik di Insta Stories, Shuk dan isteri dilihat turut ditemani beberapa lelaki di samping mereka.
Bagaimanpun, Shuk kini dikhabarkan masih belum menjelaskan secara terperinci berkenaan dakwaan yang mengaitkan dirinya berlaku curang dengan wanita lain.
Terdahulu, tular kisah yang mendakwa Shuk bermain kayu tiga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.
Lebih perit, Shuk juga didakwa pernah menghamilkan wanita tersebut dan memaksanya menggugur kandungan.
Kisah kecurangan itu didedahkan menerusi akaun Twitter @laudyaTaylor hingga mencetuskan tanda tanya netizen akan kesahihan perkara terbabit.
Apa-apa pun, wajar untuk kita beri sedikit masa untuk Shuk menjernihkan keadaan kembali yang kian parah ini.
Sumber: Gempak