Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Shuib Sepahtu Terharu Lihat 300 Orang Hadir Sesi Temuduga Di Syarikatnya

shuib sepahtu

Akui terharu dan tidak sangka mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelbagai pihak, pelawak dan usahawan terkemuka Malaysia, Shuib Sepahtu diserbu kira-kira 300 orang ke sesi temuduga pekerjaan yang ditawarkan syarikat perniagaan miliknya.

shuib sepahtu

Menurut Shuib, sebahagian besar individu yang hadir merupakan antara golongan yang kehilangan pekerjaan susulan penularan pandemik COVID-19.

Advertisement

Namun, apa yang menarik perhatian pelawak itu sendiri, beliau dikhabarkan seakan teharu melihat ramai daripada mereka yang sanggup beratur panjang untuk mencuba nasib bekerja di syarikatnya itu sehingga beliau terpaksa mengadakan sesi temuduga selama dua hari kerana sambutan melebih jangkaan.

“Temuduga itu sepatutnya diadakan sehari saja dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang tapi dilanjutkan hingga 9 malam. Bakinya, kami sambung keesokannya.”

shuib sepahtu

Tambah Shuib, daripada 300 calon yang hadir, Shuib memaklumkan hanya 100 orang sahaja yang akan diterima bekerja di syarikatnya.

Dalam pada itu, Shuib kini bagai bersyukur dapat membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada orang ramai yang mengalami kesusahan akibat kehilangan sumber mencari pendapatan. Malah Shuib juga dilihat amat memahami bagaimana sukarnya berdepan situasi mencari kerja kerana beliau juga pernah merasa pengalaman perit itu sebelum ini.

Advertisement

“Pengalaman menunggu untuk temuduga, permohonan ditolak, dapat kerja tapi gaji tak memadai, memang bukan mudah.”

Ujar Shuib, semua orang memerlukan pekerjaan yang mampu menjamin masa depan mereka. Justeru, Shuib juga berharap agar peluang pekerjaan yang dibuka ini mampu meringankan lagi beban yang menimpa golongan yang dalam kesusahan tersebut.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. zack

    June 16, 2020 at 8:13 am

    terharu la sangat, padahal bangga kembang bontot ramai sangat nak mintak keje. buduh

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top