Shuib Sepahtu Nafi Dakwaan Dirinya Sombong

Hiburan

Shuib Sepahtu Nafi Dakwaan Dirinya Sombong

Bersikap serius ketika berada di luar meskipun bergelar pelawak, Shuib Sepahtu menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya sombong. Shuib juga akui beliau terkilan dengan tuduhan seperti itu. Meskipun melawak adalah pekerjaan beliau, tetapi ia tidak bermakna Shuib harus bergurau setiap masa.

Advertisement

Melawak itu merupakan satu pekerjaan bagi saya dan tidak semestinya saya akan bergurau sepanjang masa. Mungkin ramai orang beranggapan bahawa saya akan sentiasa kelihatan ceria dan kelakar ketika berada di luar.

Namun sebenarnya saya seorang yang serius dan banyak berfikir. Ada juga yang datang tegur saya sombong kerana tidak kelakar dan perwatakan saya berbeza daripada apa yang mereka lihat dalam televisyen.

Kadang-kadang masyarakat kita tidak faham, meskipun bergelar pelawak ada kalanya mereka harus juga serius ketika berada di luar. Tengoklah situasi dan tempat jika ingin bergurau.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...