Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mohon orang ramai tidak menyebarkan atau memuat naik gambar dan video Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 37, dia juga meminta agar orang ramai untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarham secara berlebihan.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, bapa kepada empat orang cahaya mata itu turut mengambil kesempatan dalam status yang dibuat olehnya di Instagram dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang mendoakan Allahyarham isterinya.
Sama-sama kita terus istiqamah menuju ke jalan Allah SWT. Jika rindu kepada Allahyarham, sedekahkan al-Fatihah.
Sekadar info, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada Isnin lalu setelah ditidurkan selama tiga hari dan bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) bagi melawan virus COVID-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.