Minggu lalu berita pemergian Ajak dari konti radio Hot FM telah mengejutkan banyak pihak. Ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi pengganti kepada Ajak kerana keserasiannya bersama Syuk dan Fizi memang sukar untuk dicari ganti. Pagi ini, para pendengar Hot FM dapat menarik nafas lega apabila mendengar suara Shuib Sepahtu di corong radio kegemaran mereka ini. Ternyata pemilihan Shuib adalah tepat kerana “chemistry” yang telah wujud lama di antara dirinya dengan Syuk dan juga Fizi.
Untuk makluman, sebelum ini Shuib telah pun menimba pengalaman sebagai deejay radio di Sinar FM namun telah berhenti pada tahun lalu untuk memberikan perhatian kepada perniagaan madunya. Sudah pasti sedikit sebanyak ada yang merindui untuk mendengar keletah Shuib di dalam perjalanan ke tempat kerja. Semoga dengan kehadiran kembali Shuib di Hot FM ini dapat mengubati rindu-rindu tersebut.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Shuib. Secara jujurnya ketika Shuib di Sinar FM, Abang Nara memang suka mendengar kata-katanya yang penuh ketenangan dan berilmiah. Lawak yang diberikan pun sempoi dan tidak melampau-lampau. Good luck and all the best Shuib. Kasi gegar dan kasi pecah perut semua pendengar Hot FM.

anon
February 19, 2019 at 9:44 am
kalau dia dan bini dia tak beriye expose sgt mungkin orang lagi respect dia …
dulu lepaskan sinar sbb nak luang lebih masa dgn family
yg ni terima job balik …???
ntah apa2 ar …
wekkkkkkk
February 19, 2019 at 9:29 am
Begitulah Suib, andai rupa kita tak sekacak Tom Cruise, Chris Evans, org akan hina juga dri a-z.
Tak mengapa, janji x jdi perompak pech rumah.
Anonymous
February 19, 2019 at 9:15 am
konon2 bisness dia nk successful run..tu pasal jd DJ semula..tp org bodoh pun boleh fikir..klau bisness dh ok..buat apa la susah2 jd DJ..baik tdo dari pagi2 buta dah tercongok kat konti…hahahaaa
Aku
February 18, 2019 at 9:19 pm
Shuib ni ada satu sifat perasan best. Asal tiba tiba nak masuk Hot FM plak. Kecoh ah. Aku dengar Hot FM sebab Syuk je. Aduh bosan plak ada mamat perasan best ni.