Penyanyi Siti Sarah Raisuddin tampil memberikan beberapa komen mengenai isu penggubahan wang haram yang terpalit ke atas suaminya, Shuib Sepahtu baru-baru ini. Dia yang ditemui media ketika majlis pelancaran lagu terbarunya bersama Hazama turut berkata bahawa sebuah sidang media bakal dilaksanakan dalam memperjelaskan isu tersebut.
Siti Sarah walau bagaimanapun berkata bahawa dia kini tidak boleh memberikan sebarang kenyataan terperinci berhubung dengan perkara itu.
Memberi jaminan bahawa kes tersebut bakal selesai dalam masa terdekat, Siti Sarah mengakui banyak perkara telah dipelajarinya sepanjang berhadapan dengan dugaan seperti itu.
View this post on Instagram
“Sebenarnya saya masih tidak boleh berikan sebarang kenyataan. Tapi, Insya-Allah dalam masa terdekat akan selesai. Sikit saja lagi. Kami akan buat sidang media termasuk pihak SPRM. Tahun ini banyak mengajar erti sabar. Ia memang sabar yang luar biasa. Namun, saya sangat bersykur kerana dalam apa yang terjadi tahun ini terhadap kami, tapi Allah meletakkan kita di tempat yang paling baik. Alhamdullilah.”
Sitit Sarah dalam pada itu turut memuji suaminya yang sangat tenang dalam menhadapi ujian meskipun ianya amat berat untuk ditanggung. Hanya berfikiran positif, Siti Sarah berkata bahawa mereka tidak dapat mengelak daripada kata-kata netizen yang membuat spekulasi awal berkenaan isu panas tersebut.
View this post on Instagram
Turut menyifatkan ujian tersebut sebagai sebuah batu loncatan untuk dia dan Shuib untuk pergi lebih jauh selepas ini, Siti juga mengakui semenjak terpalit kontroversi itu dia kini semakin mengenali erti persahabatan yang sebenar.
“Dalam keadaan sekarang terutama apabila perkara ini terjadi, terus terang saya cakap saya tahu siapa yang betul-betul berkawan dengan kita sebab kawan atau dia hanya ada kepentingan tertentu. Perkara ini Allah tunjuk..”
Mengimbas kembali, sebelum ini media telah melaporkan bahawa Shuib Sepahtu telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan kes penggubahan wang haram dan Macau Scam. Siti Sarah pula difahamkan hanya menemani suaminya ke Ibu Pejabat SPRM dan peguam yang mewakili pasangan itu telah tampil menafikan bahawa anak guamnya telah ditahan reman oleh pihak berkuasa terbabit.
Sumber : Media Hiburan