Pelawak popular dan bekas penyampai radio, Shuib Sepahtu terkejut dan hilang kata-kata selepas melihat lebih 100 orang muda datang sesi temuduga untuk dua cawangan Bubble Bee di Kota Bharu dan Kubang Kerian.
Kehadiran mereka bagaimanapun membuatkan Shuib berasa sedih kerana dua cawangan itu hanya memerlukan 40 orang staf sahaja.
Ramai datang dari setiap pelusuk Kelantan. Sedihnya rasa macam nak ambil kerja semua yang datang, tapi kekosongan buat masa hanya 40 saja.
Semoga ada rezeki mereka dan terus tabah dengan keadaan sekarang. Insya-Allah, Allah maha besar, rezeki di mana-mana. Terima kasih sudi datang untuk sesi temu duga. – Kata Shuib.
View this post on Instagram
Shuib turut meminta maaf sekiranya ada kekurangan dan minta semua doakan agar lebih banyak cawangan dapat dibuka untuk memastikan lebih ramai dapat peluang pekerjaan.
Ternyata, ramai orang terkesan ekoran Covid-19. Lagi satu mungkin juga gaji yang ditawarkan dari RM1500 juga dianggap tinggi. Jadi, itu yang ramai datang. -Katanya lagi.
Selain itu, pekerja di Bubble Bee turut ditawarkan KWSP, Perkeso dan elaun bulanan. Pasti apa yang ditawarkan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang menganggur.
Setakat ini Bubble Bee sudah memiliki 33 cawangan dan nampaknya ia akan terus bertambah. Tahniah Shuib!
View this post on Instagram