March 31st, 2020

Sejak penularan wabak pandemik COVID-19, ramai yang merungut kerana sukar mendapatkan bekalan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer). Melihat barangan tersebut sudah semakin berkurangan di pasaran, pelawak Shuib Sepahtu telah mengeluarkan produk ‘hand sanitizer’ jenamanya sendiri, Be Safe. Difahamkan, produknya itu sudah mula berada di pasaran dan akan diagihkan ke beberapa farmasi dan hospital.

shuib hand sanitizer

 

Tujuannya mengeluarkan ‘hand sanitizer’ bukanlah hendak mengambil kesempatan terhadap krisis yang melanda tetapi merasa kasihan melihat ramai orang mencari produk tersebut sehingga ada yang ditipu ketika membeli secara atas talian.

Saya ada contact dengan kilang pengeluar hand sanitizer dan memandangkan permintaan tinggi kini, saya kira ini masa yang sesuai untuk saya tampil dengan produk hand sanitizer sendiri.

shuib hand sanitizer

Bukan mahu ambil kesempatan tapi saya buat kerana ia adalah keperluan pada masa kini dan stok pula terhad.

Baguslah, sekurang-kurangnya Shuib mengambil inisiatif untuk membantu orang ramai dalam mengurangkan jangkitan wabak yang merbahaya ini.

Sumber Berita : Sinar Harian


17 responses to “Shuib Keluarkan Produk Hand Sanitizer, Nafi Ambil Kesempatan”

  1. Anonymous says:

    Kalo nak membantu.. Bagi free lah.. Bongok

  2. Anonymous says:

    Tq shuib..sekurangnya ada yg membantu

  3. Anonymous says:

    Betol2 apa salah sedekahlh..dpt pahala..

  4. Anonymous says:

    Memang ambik kesempatan lah… dah kayakan sedeqah je lah

  5. Khairul Hisham says:

    patut la mintak maaf…minta maaf ade makne rupanya….sy kesian melihat ramai org mencari sanitizer,shuib gentel bg free la kt org ramai tidak ko di cop mengambil kesempatan dlm kesempitan….

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...