“Shuib, Jom Bincang Topik Tak Bayar Perkeso Dalam Podcast?” – Netizen

Hiburan

“Shuib, Jom Bincang Topik Tak Bayar Perkeso Dalam Podcast?” – Netizen

Sebelum ini, muncul berita rasmi di media yang melaporkan pemilik francais minuman Bubble Bee, Shuib Sepahtu dan seorang lagi rakan niaganya telah dikenakan denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas tujuh pertuduhan termasuklah tunggakan caruman PERKESO tahun lalu.

Berita itu kemudiannya menjadi topik hangat netizen terutamanya peminat pelawak dan usahawan itu yang rata-ratanya mengkritik Shuib.

Advertisement

Malah, ada yang menggesa Shuib untuk membuat satu podcast mengenai topik tidak membayar hak pekerja termasuklah isu PERKESO.

Shuib balas komen ajakan buat podcast pasal tak bayar socso

Salam, nanti next topic boleh bincang pasal tak bayar PERKESO tak? Nak dengar jugak.

Maklum dengan ajakan itu, Shuib kemudian membalas komen itu.

Salam, idea yang menarik, boleh di pertimbangkan, Insya-Allah.

Terdahulu, pelawak itu menyifatkan hukuman denda itu sebagai liku-liku dalam menjalankan perniagaan dan bertekad untuk memperbaiki kekurangannya dalam mengendalikan perusahaannya yang semakin rancak itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuib bubble bee didenda tak bayar socso kwsp
3 weeks ago

"Bayar Hak Pekerja Jangan Sibuk Buat Podcast" - Bubblebee Didenda RM17,500 Gara-Gara Tak Bayar Tunggakan Caruman Perkeso

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...