Shuib Hulur Sumbangan Bantu Kerja Amal Ustaz Ebit Lew

Hiburan

Shuib Hulur Sumbangan Bantu Kerja Amal Ustaz Ebit Lew

Walaupun menerima kecaman teruk netizen sebelum ini berkaitan isu artis meminta bantuan, Shuib Sepahtu menerima ucapan ikhlas penuh menyentuh hati oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew di Instagram atas sumbangan yang dihulurkan oleh pelawak itu.

shuib bantu ustaz ebit lew

Advertisement

Ustaz Ebit juga mengucapkan terima kasih kepada Shuib yang turut mengajak orang ramai menyokong usahanya yang terus menyalurkan sumbang kepada mereka yang memerlukan ketika krisis COVID-19 melanda negara kini.

Terima kasih Shuib. Allah sayang Shuib dan keluarga. Allah tambah rezeki dan kebaikan mencurah-curah. Terima kasih atas sumbangan.

Menerusi perkongsiannya itu, Shuib pada masa yang sama turut menyertakan nama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi Ustaz Ebit bagi tujuan amal itu.

Terdahulu, Shuib dikecam teruk netizen selepas mempertahankan tindakan beberapa artis yang meminta dana khas daripada kerajaan untuk para artis yang terjejas pendapata akibat penularan wabak COVID-19. Namun, tidak lama selepas itu, dia tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...