Shuib Dan Seorang Lagi Pengarah Bubblebee Mengaku Tidak Bersalah Atas 6 Pertuduhan, Didakwa Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan RM1.6 Juta

Hiburan

Shuib Dan Seorang Lagi Pengarah Bubblebee Mengaku Tidak Bersalah Atas 6 Pertuduhan, Didakwa Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan RM1.6 Juta

Pelawak terkenal, Shuib, telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan kerana gagal membayar cukai perkhidmatan, termasuk penalti yang berjumlah RM1.6 juta, pada tahun lalu.

Turut didakwa bersama Shuib adalah pengarah bersama syarikatnya, Koh Choon Guan, 33, dan syarikat mereka, Bubblebee Sdn Bhd (Bubblebee), atas enam pertuduhan yang sama.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Shuib, yang nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, dan Koh yang juga mewakili Bubblebee sebagai Orang Kena Saman (OKS), mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Menurut pertuduhan, mereka didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah RM1,191,153.78 dan penalti sebanyak RM454,000 bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.

Kesalahan tersebut dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, di sini.

Oleh itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018, yang dibaca bersama Seksyen 78 akta yang sama, dan boleh dihukum di bawah seksyen serta akta yang sama.

Semasa prosiding, pegawai pendakwa mencadangkan agar setiap Orang Kena Saman (OKS) dikenakan ikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan alasan jumlah cukai yang belum dibayar sangat tinggi, iaitu berjumlah RM1.6 juta.

Bagaimanapun, Muhammad Firdaus, peguam yang mewakili semua OKS, menyatakan bahawa anak guamnya telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan kes ini dijalankan dan tiada sebarang keadaan mendesak yang memerlukan mahkamah menetapkan ikat jamin.

Setelah mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Hakim Rasyihah Ghazali membenarkan Shuib dan Koh dikenakan ikat jamin RM4,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 18 Disember ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuib bubble bee didenda tak bayar socso kwsp
1 month ago

"Bayar Hak Pekerja Jangan Sibuk Buat Podcast" - Bubblebee Didenda RM17,500 Gara-Gara Tak Bayar Tunggakan Caruman Perkeso

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...